2011年10月22日星期六

Garis Panduan & Kod Etika - Industri Penyelenggaraan Kenderaan Bermotor


汽车维修行业指引及道德守则 
Garis Panduan & Kod Etika - Industri Penyelenggaraan Kenderaan Bermotor



  1. Pendahuluan
  2. Garis Panduan Pengusaha Bengkel Penyelenggaraan Kenderaan Bermotor
  3. Kod Etika Pengusahaan Bengkel Penyelenggaraan Kenderaan Bermotor
  4. Garis Panduan Tanda Harga Caj Perkhidmatan
  5. Garis Pandua Tanda Harga Alat Ganti
  6. Garis Panduan Papan Tanda Penerangan Pengguna

sourced by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.



1.0 PENDAHULUAN

Industri penyelenggaraan kenderaan bermotor merupakan industri perkhidmatan yang penting dan terbesar di Negara ini. Bertambahnya jumlah kenderaan yang didaftarkan dan jumlah pemandu berlesen dari setahun ke setahun menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan ini. Justeru itu, usaha-usaha pengawalseliaan dan pemantauan industri ini yang diseimbangkan dengan pengwujudan tatacara kerja dan perkhidmatan yang berkesan adalah diperlukan sebagai sebahagian program perlindungan pengguna.

Garis panduan dan kod etika ini bertujuan untuk membantu para pengusaha mematuhi tatacara perkhidmatan dan kriteria-kriteria yang perlu diikuti bagi tujuan mewujudkan suatu perkhidmatan yang beretika, berdisiplin dan bermaruah. Dengan ini suasana ekonomi yang sihat dan keharmonian pasaran antara pengusaha dan pengguna mampu diwujudkan.

Adalah diharapkan garis panduan dan kod etika ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengusaha agar industri ini dapat berkembang dan maju sebagai sebuah industri yang berwibawa dan moden selaras dengan tiga objektif utama garis panduan dan kod etika ini iaitu:-
  • Melindungi hak dan kepentingan pengguna,
  • Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan industri penyelenggaraan kenderaan bermotor yang beretika, dan
  • Melarang perilaku dan tatacara perkhidmatan yang bersifat mengeliru dan memperdayakan pengguna.

Garis panduan ini dikeluarkan selaras dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 dan Seksyen 150 Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memberi kuasa kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengeluarkan peraturan-peraturan baru berhubung dengan perkhidmatan (services) yang disediakan oleh pengusaha bengkel kepada pengguna.

Garis panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Julai 2002. 


2.0 GARIS PANDUAN PENGUSAHA BENGKEL PENYELENGGARAAN KENDERAAN BERMOTOR

Garis panduan ini dikeluarkan khusus untuk kerja-kerja penyelenggaraan bagi kereta, van, motosikal dan basikal bermotor (motor assisted bicycle) yang digunakan oleh pengguna (end users). Kenderaan perdagangan (commercial vehicle) tidak tertakluk kepada garis panduan.

Sebagai usaha untuk meningkatkan program perlindungan pengguna di kalangan rakyat Malaysia dan juga meningkatkan kualiti perkhidmatan industri penyelenggaraan kenderaan bermotor supaya menjadi sebuah industri yang berwibawa, maju dan moden, maka Garis Panduan seperti berikut hendaklah dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha bengkel:
  1. Pengusaha bengkel hendaklah mempamerkan tanda (sign) di tempat juruwang atau tempat-tempat yang sesuai iaitu: 
    a) Memberitahu pengguna tentang hak-hak mereka dalam mendapatkan perkhidmatan, iaitu:
    i. Anggaran (Estimate) bertulis bagi kerja-kerja membaiki kenderaan.
    ii. Invois terperinci kerja yang dijalankan dan alat ganti yang ditukar serta kos keseluruhan.
    iii. Memulangkan alat ganti lama yang telah ditukar kepada pengguna jika diminta berbuat demikian.
    iv. Mendapatkan kuasa (authorisation) dari pengguna untuk menjalankan kerja-kerja tambahan dan menyatakan tambahan kos yang dikenakan.
    b) Mempamerkan nombor telefon Bahagian Penguatkuasa, KPDN & HEP di mana aduan boleh disalurkan.
    c) Contoh papan tanda, sila rujuk Garis Panduan Papan Tanda Penerangan Pengguna.
  2. Mendapatkan persetujuan (consent) bertulis daripada pengguna bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilakukan.
  3. Memberitahu pengguna jenis alat ganti yang perlu ditukar sama ada baru,reconditionedrebuilt atau second hand dan sebagainya.
  4. Membenarkan Pengguna memeriksa dan mendapatkan semula alat ganti yang telah ditukar.
  5. Memberitahu tempoh / masa penyelenggaraan membaiki kenderaan.
  6. Memberikan jaminan perkhidmatan kepada pengguna, jika ada iaitu jaminan kerja penyelenggaraan (service warranty) dan jaminan alat ganti (spare part warranty).
  7. Memberitahu pengguna tentang hak untuk mengetahui caj perkhidmatan dan harga alat ganti.
  8. Mempamerkan senarai caj perkhidmatan mengikut kemahiran yang dimiliki oleh pengusaha, sila rujuk Garis Panduan Tanda Harga Caj Perkhidmatan.
  9. Mempamerkan tanda harga ke atas alat ganti dan menyenaraikan harga alat ganti yang dijual di bengkel, sila rujuk Garis Panduan Tanda Harga Alat Ganti.
  10. Senarai harga alat ganti hendaklah diasingkan mengikut alat ganti tulen,reconditionedrebuiltsecond hand dan sebagainya.
  11. Mengeluarkan satu invois dengan buti-butir harga alat ganti dan caj perkhidmatan di ruangan yang berasingan.
  12. Menyediakan kemudahan pelanggan yang baik dan bersih seperti kemudahan sanitasi dan tempat menunggu.
  13. Menjaga kebersihan alam sekitar iaitu membuang semua sisa alat ganti dan sisa minyak / cat / coolant ke tempat yang sesuai yang diwajibkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan.


3.0 KOD ETIKA PENGUSAHAAN BENGKEL PENYELENGGARAAN KENDERAAN BERMOTOR

Pengusaha hendaklah mematuhi kod etika seperti berikut:
  1. Berwibawa / Integrity 
    Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan jujur, berdisiplin, bertanggungjawab dan bermaruah supaya kewibawaan industri terpelihara.
  2. Kecekapan / Efficiency 
    Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan cekap, cara yang selamat, berkualiti dan harga perkhidmatan yang kompetitif serta memberi keutamaan kepada keselamatan pengguna.
  3. Telus / Transparent 
    Mengetahui hak-hak pengguna, berkomunikasi dengan jelas dan telus kepada pelanggan serta memastikan perkhidmatan yang diberikan difahami. Berusaha membetulkan kepincangan dalam industri ini dan mengelakkan iklan-iklan yang boleh mengelirukan serta memperdayakan pengguna.
  4. Pematuhan / Compliance
    Mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, serta peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan seperti Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta undang-undang yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  5. Persaingan / Competition
    Memastikan persaingan yang adil, sihat dan terbuka supaya keharmonian pasaran dapat diwujudkan.
  6. Profesionalisma / Professionalism
    Memberikan perkhidmatan secara profesional serta meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan malalui kemajuan kerjaya di kalangan kakitangan dengan tujuan mengekalkan / mewujudkan mutu yang tinggi dalam profesion ini.
  7. Pro-aktif / Pro-active
    Bersikap pro-aktif kepada tindakbalas terhadap perubahan-perubahan di dalam teknologi dalam industri ini dan perubahan kepada perundangan.
  8. Menghormati / Respect
    Mewujudkan hubungan baik antara pengguna dan pihak industri dengan cara melayani semua pengguna dengan saksama tanpa mengira bangsa, umur dan jantina serta bersikap sopan dan mesra pengguna (consumer friendly).
  9. Alam Sekitar / Environment
    Komited dalam menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan bengkel bagi faedah masyarakat.


4.0 GARIS PANDUAN TANDA HARGA CAJ PERKHIDMATAN

  1. Pengusaha bengkel perlulah mempamerkan tanda harga caj perkhidmatan yang dikenakan di tempat yang senang dilihat oleh pengguna sama ada melalui papan tanda, fail atau folder.
  2. Bagi bengkel yang menjadi authorised dealer atau franchise dealer, sekiranya caj-caj perkhidmatan bagi semua jenis perkhidmatan terlalu banyak hendaklah dimasukkan di dalam program komputer yang diletakkan di tempat yang mudah dilihat / diakses oleh pengguna.
  3. Sekiranya dinding bengkel mempunyai ruang yang luas dan besar, caj perkhidmatan digalakkan dipamerkan di dinding.
  4. Pengusaha bengkel perlulah mempamerkan caj-caj perkhidmatan bagi perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna. Perkhidmatan atau kerja-kerja yang tidak disediakan tidak perlu dipamerkan caj perkhidmatan.
  5. Pengusaha perlulah mempamerkan secara berasingan caj perkhidmatan bagi perkhidmatan kecil (minor service) dengan perkhidmatan membaiki (repair service). Sebagai contoh:
    i. Perkhidmatan kecil (minor service)
    a) Tukar minyak enjinRM v
    b) Tukar oil filterRM x
    c) Tukar air filterRM y
    d) Tukar coolantRM z

    ii. Perkhidmatan membaiki (repair service / major service)
    a) Overhaul engineRM p
    b) Mengganti fuel injectorRM q
    c) Membaiki drive shaftRM r
    d) Service Automatic TransmissionRM s
  6. Senarai caj perkhidmatan dibuat mengikut tajuk kerja-kerja utama dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  7. Harga caj perkhidmatan dan harga alat ganti hendaklah diasingkan di dalam invois yang dikeluarkan kepada pengguna apabila bayaran dibuat.
  8. Memberitahu pengguna tempoh jaminan perkhidmatan (service warranty) dengan cara bertulis.


5.0 GARIS PANDUAN TANDA HARGA ALAT GANTI

  1. Bengkel-bengkel yang menjadi stokis dan menjual alat ganti kenderaan perlu meletakkan tanda harga di atas alat ganti dan menyenaraikan tanda harga melalui fail atau folder untuk diakses oleh pengguna.
  2. Hanya alat ganti yang dipamerkan atau hendak dijual perlu diletakkan tanda harga. Bagi alat ganti yang disimpan di stor, tidak perlu diletakkan tanda harga tetapi harga alat ganti itu perlu dimasukkan di dalam fail / folder untuk diakses pengguna.
  3. Bengkel-bengkel yang tidak menjual alat ganti tidak perlu mempamerkan / menyenaraikan harga alat ganti.
  4. Harga yang dijual oleh pengusaha bengkel perlulah harga bersih (nett price) yang difikirkan wajar dijual kepada pengguna dan bukan listed price.
  5. Bengkel-bengkel franchise dealer atau authorised dealer yang menjual harga alat ganti perlu menyenaraikan / mempamerkan harga yang diluluskan oleh pengeluar. Harga yang dijual kepada pengguna hendaklah harga besih (nett price).
  6. Bengkel-bengkel yang menjadi franchise dealer atau authorised dealer, sekiranya bilangan alat ganti terlalu banyak, penggunaan komputer yang mengandungi maklumat harga alat ganti boleh digunakan dan dipamerkan untuk diakses oleh pengguna.
  7. Senarai harga alat ganti tulen, atau alat ganti reconditionedrebuilt dansecond hand hendaklah diasingkan. Butiran alat ganti hendaklah dinyatakan:
    a) Nama Alat Ganti
    b) Serial Nombor
    c) Model Kereta
    d) Harga Bersih
    e) Nama Pengeluar
  8. Harga alat ganti yang dijual oleh kedai alat ganti kenderaan juga hendaklah harga bersih (nett price) dan bukan list price.
  9. Memberitahu tempoh jaminan alat ganti (spare part warranty) yang dijual kepada pengguna dengan cara bertulis.
  10. Adalah menjadi tanggungjawab pengusaha bengkel dan penjual alat gantikenderaan memaklumkan kepada pengguna tentang alat ganti yang diperlukan sama ada alat ganti tulen atau sebaliknya.


6.0 GARIS PANDUAN PAPAN TANDA PENERANGAN PENGGUNA (CONSUMER SIGN OF INFORMATION)

Bagi menjamin pengguna mendapat perkhidmatan yang berkualiti, para pengusaha bengkel perlulah memberitahu pengguna mengenai hak-hak mereka semasa mendapatkan perkhidmatan. Ini adalah selaras dengan keperluan di bawah program perlindungan pengguna di mana pengusaha perlu mempamerkan papan tanda mengenai hak-hak tersebut di tempat juruwang atau di tempat yang menarik dan mudah dilihat, sila rujuk contoh papan tanda di Lampiran 1A.

Papan tanda penerangan pengguna perlulah dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti di Lampiran 2.

Papan tanda penerangan pengguna mestikalh mengandungi nama cawangan dan nombor telefon Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna mengikut negeri di mana lokasi bengkel terletak. Contoh seperti diLampiran 1B. Alamat cawangan-cawangan Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna adalah dihttp://www.kpdnkk.gov.my.

Setiap pengguna bengkel adalah diwajibkan menyediakan papan tanda penerangan ini sepertimana diperlukan di bawah Motor Vehicle Repair Act apabila ianya dikuatkuasakan kelak. 


sourced by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.




<< Back to 

Easy Steps to Check The Condition of Your Car


Easy Steps to Check The Condition of Your Car
According to recent studies, 5 percent of all motor vehicle fatalities are clearly caused by automobile maintenance neglect. The following simple and inexpensive preventive checks will greatly extend the life of the vehicle, ensure safer operation and even benefit the environment.

  • Always consult your owner's manual, but a good rule of thumb is to have the oil filter changed regularly, every 3,000 to 4,000 miles.
  • Have all fluids checked, including brake, power steering, transmission/transaxle, windshield washer solvent and antifreeze. These fluids play a large role in the safety and performance of the vehicle.
  • Check tire inflation. Under-inflated tires can result in a loss of fuel efficiency. This is the least expensive form of preventive and safety maintenance. Tires should be checked once a month.
  • Keep your engine tuned. A fouled spark plug or plugged/restricted fuel injector can reduce fuel efficiency as much as 30 percent.
  • Have the chassis lubricated frequently. This step extends the life of the moving components of the vehicle's suspension system.
  • Check battery cables and posts for corrosion and clean them as needed. The battery fluid should also be checked and filled if it is low, except in the case of maintenance-free batteries.
  • Have the lighting system checked frequently, including headlights, turn signals, and brake and tail lights.
  • Check windshield washer blades for cracks, tears and windshield contact. Replace them approximately once a year or sooner if streaking begins.
  • Inspect engine belts regularly. Worn belts will affect the engine performance. Look for cracks and missing sections or segments.
  • Have the air filtration system checked frequently. The air filter should be checked approximately every other oil change for clogging or damage. This system ensures that the vehicle is performing at its peak condition.


Members .Autodunia Nissan on line showroom>>

Back to Public knowledge>>

10 Points of Vehicle Inspection by PUSPAKOM Malaysia


10 POINTS OF VEHICLE INSPECTION
Customers must bring along the original car registration car.
Inspection consists of:

Identification Check
Verifies the engine and chassis number of vehicle.

Brake Test
Test for brake service efficiency, dynamic imbalance, run-out, residual force and parking brake are conducted to ensure optimal braking perfomrnce

Above Carriage Check
Detailed inspection for defects on the upper body in accordance with the Road Transport Act 1987.

Speedometer Test
Checks the accuracy of the speedometer against the road speed at the wheels.

Emission Test
Density of particles in diesel engine emissions are gauged through free acceleration tests and volume of gases e.g. HC and CO from petrol engine are gauged through idling test.

Headlight Test
Measures the intensity and projection of the vehicle's headlights.

Side-slip Test
Lateral movements of the vehicle is tested to fulfil optimal road-handling criteria.

Undercarriage Check
Through inspection under carriage vehicle being tested on the Axle Play Detector.

Suspension Test
Checks the effectiveness of the suspension system (springs, shock absorbers and joint) on each axle.

Tinted Glass Test
The tinted glass test ascertains the Visible Light Transmission of your vehicle.




Benefits of Inspection by PUSPAKOM Malaysia


5 Benefits of Inspection

Safety
Inspecting your vehicle at least twice a year will detect any mechanical problems that may jeopardize your vehicle's roadworthiness.

Driver Confidence
Thorough vehicle inspection gives you a greater sense of confidence and assurance knowing that your vehicle is in optimal condition.

Cost Saving
A 10-point inspection helps you detect and ascertain any mechanical defects in your vehicle before it becomes more serious.

Legality
An inspection at PUSPAKOM will protect you from the consequences of purchasing vehicles that suffer from irregularities such as "cut-and-joint" and stolen vehicles. It will verify the legal identity of your vehicle in conforming to all legal requirements of RTA 1987.

Environment
Have your vehicle inspected to ensure that your vehicle does not emit excessive smoke and noxious gases that pollute our environment in accordance to the Environment Act 1974. 


<< Back to Government Regulations 

Rear Seat Belt Ruling Clarification 后座安全带的裁决澄清

Penjelasan Terhadap Pemakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang 

Pelaksanaan kempen advokasi 

  1. Bermula 1 Jun 2008, Kerajaan memulakan kempen advokasi pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Ianya merupakan satu pendekatan bagi melaksanakan dasar baru keselamatan jalan raya iaitu pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang, sebelum tindakan penguatkuasaan dimulakan. Kempen advokasi ini akan diadakan bagi tempoh 6 bulan.
  2. Kempen advokasi ini bertujuan untuk membiasakan orang ramai terhadap peraturan baru pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang.Pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan mengadakan Operasi Nasihat di seluruh negara. Dalam operasi ini, mana-mana penumpang tempat duduk belakang yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar akan diberikan nasihat (termasuklah memberikan risalah dan pelekat) berkenaan kepentingan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang.Penguatkuasaan
  3. Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut: 
    1. kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
    2. kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points;
    3. kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa;
    4. kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
    5. kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan. Kerajaan berhasrat melaksanakan peraturan yang sama ke atas kenderaan-kenderaan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(iii) dan (iv) di atas secara berperingkat-peringkat.
  4. Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points, tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Tempoh 3 tahun bermula dari 1 Januari 2009.
  5. Kerajaan telah mendapat kerjasama dari pihak industri dan beberapa pembuat kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma bagi kenderaan yang masih belum dipasang dengan tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
  6. Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan tersebut.
  7. Peraturan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 sedia ada berkenaan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk hadapan adalah masih terpakai ke atas semua jenis kenderaan.




Soalan Lazim 
1. Bilakah tarikh penguatkuasaan undang-undang pemakaian tali keledar belakang akan dikuatkuasakan? 
1 Januari 2009 

2. Apakah jenis kenderaan yang diwajibkan memasang tali keledar belakang? 
Kenderaan persendirian yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points, tetapi tidak dipasang tali keledar belakang. 

3. Apakah jenis kenderaan yang dikecualikan memasang tali keledar belakang? 
a) kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995; 
b) kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa, lori dan bas; 

4. Berapa lamakah tempoh masa pemasangan yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian yang diwajibkan memasang tali keledar belakang? 
Pemilik kenderaan persendirian yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995 tetapi belum dilengkapi dengan tali keledar belakang, diberikan tempoh pemasangan selama 3 tahun, bermula 1 Januari 2009. 

5. Bagaimanakah isu bilangan penumpang yang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang? 
Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan tersebut. 

6. Bagaimanakah isu pemakaian tali keledar bagi kanak-kanak dan bayi? 
Pemakaian dan penggunaan tali keledar bagi kanak-kanak dan bayi adalah amat digalakkan bagi tujuan keselamatan, namun ianya masih tidak diwajibkan. Pihak JKJR menasihatkan para ibubapa agar menggunakan tali keledar bersama kerusi atau jenis tempat duduk keselamatan kereta mengikut umur /berat kanak-kanak atau bayi. 
Kerusi keselamatan bayi - bayi baru lahir hingga umur 1 tahun, berat sehingga 9 kg, tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul. 
Kerusi keselamatan kanak-kanak - 9 bulan hingga hampir tahun, berat di antara 9 hingga 18 kg. 
Kerusi penggalas - 4 hingga 11 tahun, berat antara 15 kg hingga 36 kg. Sila rujuk di bawah untuk contoh-contoh kerusi. 

7. Apakah risiko atau kesan jika tali keledar belakang tidak digunakan? 
Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang belakang boleh mengundang risiko dan bahaya kepada pemandu dan penumpang di hadapan. Pada kelajuan 50 kmsj penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan. 

8. Apakah faedah dan rasional penguatkuasaan pemakaian tali keledar terhadap aspek pengguna dan keselamatan jalan raya? 
Berdasarkan perangkaan tahun 2007, penggunaan tali pinggang keledar belakang oleh semua penumpang kenderaan persendirian berupaya menyelamatkan 175 kematian, 350 kes cedera parah dan 1050 kes cedera ringan. 
Pelaksanaan inisiatif tali pinggang di belakang berupaya menyumbang untuk mengurangkan kadar kematian sebanyak 50%, kecederaan parah 45% dan kecederaan ringan sebanyak 50% bagi penumpang di belakang. Ianya juga berupaya menyumbang untuk mengurangkan risiko pemandu dan penumpang di hadapan sebanyak 75%. 

9. Bagaimanakah isu kos dan pemasangan tali keledar belakang? 
JKJR telah menandatangani MOU dengan pihak PROTON, PERODUA dan HONDA, ketiga-tiga syarikat pengeluar kenderaan ini telah bermurah hati akan memberikan tali keledar dan perkhidmatan pemasangan secara percuma bagi kenderaan keluaran mereka. Sehubungan dengan itu para pemilik kenderaan terbabit yang masih belum dilengkap tali keledar belakang digesa mengambil peluang ini untuk memasang tali keledar belakang dalam tempoh yang ditetapkan. 
Para pemilik kenderaan juga dipohon agar menunggu makluman atau pengumuman yang dijangkakan pada awal bulan Disember daripada syarikat-syarikat terbabit, melalui media massa berkenaan prosedur untuk mendapatkan pemasangan percuma tali keledar belakang. 

10. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak JKJR bagi memastikan para pengguna jalan raya mengamalkan pemakaian tali keledar belakang bagi mencapai matlamat utama kearah keselamatan jalan raya? 
Bermula 1 Jun 2008 yang lalu, Kerajaan memulakan kempen advokasi pemakaian tali keledar belakang. Ianya merupakan satu pendekatan bagi melaksanakan dasar baru keselamatan jalan raya iaitu pemakaian tali keledar belakang, sebelum tindakan penguatkuasaan dimulakan. Kempen advokasi ini diadakan bagi tempoh 6 bulan, iaitu sehingga 31 Disember 2008. 
Kempen advokasi ini bertujuan untuk membiasakan orang ramai terhadap peraturan baru pemakaian tali keledar belakang. Jabatan Keselamatan Jalan Raya di seluruh negara telah menggerakkan para pegawai di peringkat Negeri bersama rakan kongsi untuk memperhebatkan lagi pelaksanaan kempen advokasi bagi pemakaian tali keledar belakang. 
Dalam kempen advokasi ini para pemandu dan penumpang diberikan nasihat dan maklumat berkenaan kepentingan dan faedah pemakaian tali keledar belakang, kesan negatif jika tidak memakai tali keledar, tempoh kempen advokasi dan tarikh penguatkuasaan, kenderaan diwajibkan dan dikecualikan bagi pemasangan tali keledar belakang serta risalah-risalah dan pelekat "Jom Klik" berkaitan penggunaan tali keledar depan dan belakang. 
Pelaksanaan kempen advokasi ini juga telah mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada syarikat-syarikat konsesi lebuhraya di seluruh negara seperti PLUS, Besraya, MTD, LITRAK dan NPE bersama rakan kongsi, bagi melaksanakan kempen advokasi setiap hari dengan berlandaskan motto "Tiada Hari Tanpa Advokasi" dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai terhadap isu-isu keselamatan jalan raya. 
Kempen-kempen advokasi melalui sesi nasihat dan penerangan juga dilaksanakan meliputi program-program penguatkuasaan dan pendidikan keselamatan jalan raya seperti Ops Bersepadu, pameran, ceramah, seminar, 'e-mailblast' dan juga program temu bual bersama radio-radio tempatan. 

11. Menjelang tempoh 60 ke arah penguatkuasaan undang-undang pemakaian tali keledar belakang, apakah saranan pihak JKJR kepada para pengguna jalan raya? 
Menjelang 60 hari kearah penguatkuasaan pemakaian tali keledar belakang, JKJR menyeru agar para pengguna sentiasa mengamalkan pemakaian tali keledar kerana pihak PDRM dan JPJ akan memperhebatkan advokasi dengan mengeluarkan Notis Amaran secara pentadbiran dan tanpa saman kepada para pengguna kereta persendirian yang telah dilengkapi peralatan tali keledar belakang tetapi tidak memakainya, bagi tujuan menyedarkan dan menyediakan masyarakat terhadap pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang tali keledar belakang mulai 1 Januari 2009. 
Penguatkuasaan pemakaian tali keledar belakang hendaklah dilihat dari sudut keselamatan di jalan raya dan usaha-usaha kerajaan di dalam mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan di jalan raya serta usaha mewujudkan budaya kawalan kendiri di kalangan pengguna jalan raya supaya isu-isu keselamatan pengguna-pengguna jalan raya di beri keutamaan demi melindungi pengguna jalan raya daripada kecederaan dan kemalangan maut. 

Talian Hotline 
Tel: 03-8886 6302 (JKJR) 
Tel: 1300-880-888 (Proton) 
Tel: 1800-88-66-00 (Produa) 
Tel: 1800-88-2020 (Honda) 



Contoh - Contoh Kerusi Keselamatan 
Jadual berikut memberikan anda idea tentang jenis-jenis kerusi keselamatan yang sesuai dengan kumpulan umur bayi anda dan bagaimana untuk menggunakannya dengan betul.Ingat, berbelanja membeli tempat duduk yang menepati piawaian keselamatan adalah satu langkah yang bijak dan dapatkan seorang yang terlatih untuk menunjukkan cara memasang kerusi dengan mengikut arahan-arahan yang telah ditetapkan. 

UMUR/BERAT BAYIJENIS TEMPAT DUDUK KESELAMATN KERETA & DI MANA HENDAK MEMASANGNYA
Bayi baru lahir hingga umur hampir 1 tahun, berat sehingga 9 kg, tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betulKerusi Keselamatan Bayi 

1. Kerusi menghadap ke belakang 
2. Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar
9 bulan hingga hampir 4 tahun, berat di antara 9 hingga 18kgKerusi Keselamatan Kanak-Kanak 

1. Kerusi menghadap ke hadapan 
2. Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar
4 hingga 11 tahun, berat antara 15kg hingga 36kgKerusi Keselamatan Bayi 

1. Kerusi menghadap ke hadapan 
2. Tempat duduk pengalas direka khas untuk kanak-kanak supaya tali pinggang orang dewasa dapat digunakan merentasi dada dan pinggul mereka dengan selamat 
3. Mesti dipasang di kerusi belakang dengan tali pinggang keledar

JANGAN memasang kerusi keselamatan kereta di tempat duduk penumpang depan 

JANGAN mengubah suai kerusi keselamatan atau tali pinggang keledar 

sourced by www.panducermat.org.my